Saturday, June 19, 2010

DURIAN @ BALIK PULAU


DURIAN! ada antara kita ni yang tak makan durian,busuk la apa la...kekadang bau durian pun dia dah bising..kekadang rsa mcam nak cakap ''dok bajet mat saleh apa wei?!'' .. Tapi tu tpulang kat selera masing2 la kan..hehe..dah dia memang tak suka takkan la nak paksa makan jgak..

tapi untuk entry kali ni aku nak crita jgak pasal durian. Masa aku duk relax2 tadi bapak aku ajak p beli durian,aku folo ja la..aku igtkan nak beli kat tpi jalan ja,rupanya ada DURIAN FAIR kat Anjung Indah, dekat2 dengan Balik Pulau.

Balik Pulau ni memang terkenal la dengan durian dia..durian2 kat cni pernah diimport ke langkawi khas untuk seminar apa ntah...tapi seminar tu dihadiri orang2 berpangkat besar la..ni pun aku baca dalam paper..so aku tak ingat seminar apa..

so kalo hampa mai Penang,dan terasa nak makan durian Penang,singgah la Balik Pulau..durian kat cni masyukk wooo...kucing tidoq ada,gajah duduk ada,kerbau bkubang ada..hehe..gmbar kat atas tu ja aku sempat amik untuk entry ni..tak menang tangan asyik makan durian..agak2 hampa nak rasa jugak, mai la Penang!

Tuesday, June 15, 2010

Sedia Berkhidmat : Pasukan Bomba Sukarelawan Sri Tanjung




salam semua!! Trimas banyak2 sebab hampa semua baca atau terbaca blog ni..aku pun xtau la hampa baca ka tak..tapi bagus baca la..kita tambah knowledge maa...

hampa nampak jentera bomba dalam gambaq tu? Tu bukan la jentera bomba yang biasa..jentera bomba ni dipunyai oleh pasukan bomba sukarela sri tanjung..jentera ni memang takdak parking spesel macam bomba biasa kita tgk tu,so dia parking la tpi jalan macam ni..nak buat mcm mana kan...

pasukan bomba sukarela sri tanjung ni beli peralatan dan jentera depa ni guna duit dan dana yang dikumpul sendiri..haa..hampa agak2 la brapa harga jentera bomba kcik tu..aku pun xtau..tp rasanya mahal la kot....depa ni berkhidmat area tanjung,iaitu sekitar weld quay,feri dan yang sama waktu dgnnya....dengan saiz jentera yang lebih kcik dari jentera bomba biasa,ia mmberikan kelebihan kat bomba sukarela ni bergerak ke tempat kejadian,sebab jalan kat historical town macam penang dan melaka boleh kata kcik la..sbb nak jaga bangunan lama,jalan tak boleh nak lebar dah la..so dgn saiz yang kompak,jentera sukarela sri tanjung ni sesuai la nak cilok2 dalam keadaan sempit..slalu jugak la bomba mintak tolong kat pasukan sukarela ni..lagipun saiz kompak ni membolehkan team ni join kereta kompak negara kita..kancil dan sekutunya..haha..jgn marah yer geng k-car..

sampai sini saja crita kali ni.mai penang,semua ada sini!!!

Monday, June 14, 2010

Penang's Famous Sany Char Kuey Tiaw @ Tokong Ular



Penang ni memang glemer la dengan makanan dia kan..so kat cni aku nak habaq mai kt hampa semua, bukan kdai mamak ja glemer kat Penang ni ok..Penang smua makanan ada, yang glemer sampai la yang tak glemer..Laksa Penang,nasik kandaq (actually dah xdak yg kandaq nasik tu,tp untuk pengetahuan hampa semua,ada satu kedai kat Jelutong ni masih mengamalkan nasik tu dikandaq..tapi kandaq dari rumah sampai kedai ja la..*kandaq tu galas juz in case hampa xtau..),pasembur,dan macam2 lagi la..dan untuk entry kali ni aku knalkan satu kedai kat Tokong Ular, Sany Char Kuey Tiaw.

Sesuai la dgn nama dia, kedai Sany Char Kuey Tiaw ni jual kuey tiaw..hampa nak kuey tiaw apa,smua ada..masakan dia plak...ummmppphhh..sedap siot...baru dia hidang dan menjejeh ayaq lioq..haha..blum makan lagi tu..Kalo kat Penang ni, hampa tanya la sapa2 pun mesti pernah dengar Sany Char Kuey Tiaw..melainkan dia org Penang tapi duk negeri lain la...

Pasai rasa sedap ka x,tpulang la kat lidah masing-masing kan..tapi bagi aku dia xkan jadi glemer la kalo kuey tiaw dia tak sedap..dan untuk lidah aku sndiri,aku bagi rate 8/10..mmg sedap! Cuma presentation ja kurang..tp xpa,hias2 banyak2 pun xdak guna,last2 masuk perut jgak..kan kan...so cakap banyak takdak guna..hampa mai sendiri rasa sendiri..baqu tau sdap tak sedap kan...


Kita jumpa lagi dalam entry depan ok!
(kalo gmbaq tak cantik jgn marah,aku amik guna henset nokia E61i ja..post ni pun pakai hnset ni..)

Sunday, June 13, 2010

One man's trash is another man's treasure; Pasar Karat aka Rock Walk


One man's trash is another man's treasure..tak tau la sapa yang quote ayat tu,but obviously he's right! Orang KL cakap 'Pasar Karat' but Penangite refer it as 'Rock Walk'. Terletak di Lorong Kulit, Rock Walk ni terkenal dengan macam2 barang yang dijual kat sini. Dari barang2 rumah, henset, barang moto, permainan budak-budak sampai la ke barang2 antik.

sebut pasal barang2 antik tu, maybe ada sebilangan antara kita yang kalau tgk ja barang tu,dia nampak macam sampah.tapi sebenarnya benda tu ada harga tu wei...sama la mcm tajuk entry ni..orang lain nampak macam sampah,tp bg org yG tau kegunaan barang2 tu,brg tu sgt la bernilai..coz barang2y kat Rock Walk ni rare ckit..susah nak dpt mana2..

Untuk pembaca yang mai dari luar Penang,yang berminat nak singgah ke Rock Walk ni,cuba blajar cakap Utara ckit,takut kna kncing lebih..haha..Betul2 sebelah dengan Stadium Bandaraya, tempat ni tak susah pun nak cari..dengan barang2 yang sungguh rare dan harga yang boleh kurang kaw2, tak rugi pun singgah even takdak barang nak beli..mana la tau kan tetiba nampak barang-barang yang kita nak lama dah tp dah tak kluar baru.


Cukup la sampai sini kot..apa yang lebih penting hampa try pi tengok dan alami sendiri keadaan kat Rock Walk Penang! Jangan lupa ikuti Penang's Everything untuk entry akan datang!